Gelombang Kedua; Enam PPS Dibuka

 

Jalan masuk ke Kampung Jongok Batu, DUN Bukit Besi

KUALA TERENGGANU - Enam buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka apabila gelombang kedua Monsun Timur Lau membabadai negeri ini sejak semalam.

Dua PPS dalam daerah Kemaman iaitu SK Kemasik dan Balairaya Kampung Batu 9 Ibok, dua dalam daerah Setiu, SK Kampung Besut dn Balai Raya Kampung Seladang dan masing-masing satu di Kuala Terengganu dan Dungun, di SK Atas Tol dan Masjid Jamek Jongok Batu.

Menurut laman Info Bencana Negeri Terengganu, seramai 219 orang warga Kawasan terbabit berlindung di premis tersebut.

Paling ramai di Setiu dengan 46 keluarga yang terlibat berjumlah 117 orang berada di dua PPS, diikuti daerah Kemaman seramai 78 orang daripada 22 buah keluarga.


Kemaman dijangka menghadapi banjir besar apabila diramalkan menerima paling lebat hujan dalam tempoh gelombang daripada 17hb hingga 22hb Disember.

“ramalan kelembapan atau kelebatan hujan dijangka hujan akan turun di negeri ini, khususnya daerah Kemaman melebihi 300mm,” ujar Pengerusi Khidmat Malaysia Terengganu, YB Haji Hanafiah Mat pada Khamis.

Ulasan