Kerah Turun Misi Bantuan Banjir


BESUT - Empat entiti di bawah PAS dikerah turun dalam misi membersihkan rumah-rumah yang dilanda banjir di kawasan Hulu Besut selama tiga tiga hari.

Ketua Ameerah Terengganu, Asma Abdullah berkata, mereka terdiri daripada Muslimat PAS, Ameerah, Pemuda dan Unit Amal.

"Seperti tahun tahun sebelumnya, beginilah kami membantu tanpa mengira warna parti apatah lagi berlainan bangsa.

"Semua dibantu, salam tetap dihulur, senyum tetap diukir ibarat cubit paha kiri paha kanan turut terasa," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media ketika misi bantuan banjir di Hulu Besut, pada semalam.


Menurutnya, kerjasama di antara semua pihak sedikit sebanyak membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa banjir.

"Ringan sama dipikul berat sama dijinjing. Beginilah didikan PAS, sama sama turun bantu rakyat yang tengah kesusahan.

"Bila sarung baju petugas, semua tugas pakat rasa belaka.

"Tak kiralah ada pangkat YB ke Datuk Seri ke, ada beg 'GUCCI' ke tiada, sama sama turun tolong mangsa banjir basuh rumah dan barang barang yang masih boleh diselamatkan," ujar beliau.

Justeru itu, beliau berharap sedikit sebanyak bantuan yang  diberikan dapat membantu meredakan hati dan membuatkan mereka tersenyum kembali.

"Semoga dipermudahkan segala urusan pemilik rumah yang mengalami kerosakan teruk. Allahu sebak tengok mangsa mangsa yang terlibat.

"Jom semua, pakat turun bantu. Dahlah tu duk cari salah orang tu salah orang ni.

"Marilah turut sama menyumbang samaada tenaga mahu pun wang ringgit, tak mampu banyak, sikit pun xpe. Sumbangan boleh disalurkan terus CIMB : 8603354723 Pertubuhan Hawa Harmoni Sejahtera Terengganu," tambah beliau lagi.

Ulasan