Kerajaan Anwar Rapuh


KUALA TERENGGANU - Kerajaan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim rapuh kerana tidak mempunyai majoriti parlimen yang diperlukan, kata Presiden PAS Tan Sri Abdul Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Selain itu, beliau mendakwa kabinet turut memasukkan mereka yang disifatkan oleh pemimpin Pakatan Harapan sebagai "perompak dan penyamun".

"Orang sebegini dilantik menjadi menteri. Inilah yang berlaku. Kita perlu bersabar. Ini ujian daripada Allah SWT ke atas kita," katanya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian pada majlis makan malam penghargaan kepada sukarelawan Perikatan Nasional Terengganu pada Jumaat 2 Disember.

Kenyataan beliau dibuat dibuat selepas dua Timbalan Perdana Menteri dan 25 menteri kerajaan mengangkat sumpah jawatan.

Hanya selepas beberapa tahun dia akhirnya berjaya memasuki kota itu dan membebaskannya daripada kawalan orang musyrik, katanya.

Dalam perkembangan yang sama beliau mengajak orang ramai kembali merapatkan saf perjuangan dan mengikuti sunnah perjuangan nabi.


“Kita mengikut contoh yang ditunjukkan Nabi Muhammad SAW apabila hendak menegakkan sebuah kerajaan yang mengikut lunas Islam.

“Baginda berhijrah ke Madinah untuk menyatukan umat Islam terdahulu yang terdiri daripada Muhajirin dan Ansar (Aus dan Khazraj).

“Setelah kuat penyatuan di kalangan umat Islam, barulah diajak orang bukan Islam bersama dalam sebuah perpaduan ummah.” ujarnya semasa Majlis Kesyukuran PRU15 Kawasan Marang , di Rusila 3 Disember.

Namun katanya, Allah mentakdirkan bahawa kerajaan silih berganti sehingga kerajaan Islam jatuh dan umat Islam dijajah oleh barat. 

“cahaya Islam itu tidak dapat dipadamkan. Inilah janji Allah dalam al-Quran, menceritakan kisah Nabi Musa yang mengajak Bani Israel berjuang membebaskan Palestin namun ditolak arahannya. 

“Mereka disesatkan selama 40 tahun sehingga muncul generasi baru, anak muda yang bersedia mengikut perintah Allah SWT. “ tambah beliau.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutamanya golongan muda yang menyokong PAS pada PRU15.

“Kita tidak menjangkakan bahawa Allah SWT memberikan hidayah buat anak muda dan berlaku gelombang anak muda sebagaimana dikisahkan dalam al-Quran.


“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah bekerja, mengundi, menyokong dan mendukung perjuangan PAS. Mudah-mudahan Allah SWT memberikan fadilat buat kita di dunia dan akhirat.” ujar beliau

Ulasan