Lima penulisan Lim Kit Siang mengenai gelombang hijau, Islam politik dan Islamophobia mutakhir ini menunjukkan wajah sebenar beliau dan DAP yang sedang mengalami paranoia dan menghina pilihan rakyat dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.
Lim Kit Siang harus akur, jika Pilihan Raya Umum Ke-14 adalah desakan rakyat menolak rejim kleptokrat, maka Pilihan Raya Umum Ke-15 adalah hasrat sebenar rakyat yang mahukan sebuah kerajaan yang bersih, tolak penipuan janji, penyakau, tsunami Melayu dan anti rasisme DAP.
Lonjakan sokongan sebanyak 44 peratus dan undi popular sebanyak 4.6 juta adalah mandat pengundi yang harus dihormati. Perikatan Nasional telah menjadi harapan utama kaum Melayu dan Bumiputera berbanding BN dan PH untuk masa depan politik Malaysia.
Bagaimana jika kita tafsirkan sokongan pengundi Cina terhadap DAP pula ialah sokongan kepada pembentukan negara yang menyamaratakan hak kaum dan menentang konsep Bumiputera seperti yang termaktub dalam Deklarasi Setapak?
Sikap paranoia dan Islamophobia DAP bukan baharu. Sejak agenda Penyatuan Ummah dilancarkan dua tahun lalu, mereka telah membakar provokasi Talibanisme dan ekstremisme terhadap politik Melayu Islam. Mereka menanam doktrin dan strategi ‘bogeyman’ dalam kalangan orang Cina terhadap PAS.
Lim Kit Siang tidak senang jika politik PAS menunjukkan trend kenaikan yang signifikan kerana PAS akan menggagalkan dominasi politik DAP untuk memerintah dan memperkuda pemimpin Melayu menjayakan misi mereka.
“Malaysia Sejahtera”
Ir. Ts. HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
17 Jamadil Awal 1444 | 12 Disember 2022
Ulasan