Mangsa Banjir DUN Seberang Takir Meningkat

 

KUALA NERUS : Jumlah mangsa banjir dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir meningkat berbanding minggu lepas berikutan hujan yang tidak berhenti sejak malam tadi.

Ahli Jawatankuasa PAS Kuala Nerus, Haji Fadhil Wahab berkata, jumlah mangsa banjir yang dianggarkan untuk hari ini lebih tinggi berbanding minggu lepas

"Anggaran keluarga yang terlibat adalah 100 buah keluarga berbanding minggu lepas , yang hanya 36 buah berikutan terdapat tempat yang sebelum ini tidak pernah dinaiki air, tetapi telah dinaiki air pada hari ini" katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat keadaan mangsa banjir di PPS Sk Tok Jembal, di sini hari ini.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Pegawai Pendidikn Daerah, Encik Nur Jamalullah yang berkata, beberapa buah sekolah lain akan dibuka seandainya jumlah mangsa banjir bertambah dari masa kesemasa.

"Setakat ini, sekolah yang dibuka adalah Sk Tok Jembal dan Sk  Bukit Nenas dan sekiranya mangsa banjir bertambah beberapa buah sekolah lain seperti Sekolah Kebangsaan Seberang Takir dan Sekolah Kompleks Gong Badak akan dibuka untuk menempatkan mangsa banjir," jelasnya.

Oleh itu, Haji Fadhil yang juga Pagawai Penyelaras DUN tersebut dinasihatkan orang ramai berhati-hati dan sentiasa berwaspada ketika banjir.


Ulasan