Mangsa Banjir Dungun Meningkat Mendadak

 


DUNGUN - Mangsa banjir di Dungun meningkat mendadak berbanding semalam berikutan  air pasang besar, walaupun hujan rintik-rintik sahaja. 

Pengerusi Pengurusan Kecemasan & Bencana Malaysia(KHIDMAT Malaysia) Kawasan Dungun, Khairul Ismail menjelaskan  keseluruhan Pusat Pemindahan Sementara(PPS) yang dibuka sehingga pukul 8. 00 pagi tadi sebanyak 41 PPS. 

"Ia meliputi seramai 1,239 keluarga, jumlah mangsa keseluruhan 4,419. Peningkatan yang banyak berbanding semalam, petang semalam baru 800 keluarga," jelasnya. 

Beliau yang ditemui di Pejabat PAS Kawasan Dungun di sini pagi semalam.

Menurutnya, semalam, air sudah mula  naik di Pinang Merah dan Kampung Nyior dan  Durian Mentangau juga sudah ditenggelami air. 


" Kami, Khidmat Malaysia akan bergerak bersama Jabatan Amal akan pergi ke Durian Mentangau, Kampung Nyior, dan Pinang Merah untuk memberi bantuan makanan, minyak petrol, dan 'jenset' kerana di Durian Mentangau terputus bekalan api dari semalam lagi. 

" Terdapat satu pusat sahaja di Durian Mentangau,ada juga beberapa mangsa di Durian Mentangau terpaksa dialihkan ke PPS lain, cuma kami pihak Khidmat Malaysia bersama-sama dengan Jabatan Amal akan bergerak memberi bantuan sokongan kepada agensi yang terlibat,"ujarnya. 

Beliau juga berharap masyarakat   dapat memberi bantuan.  terutamanya barang-barang keperluan yang perlu dihantar ke PPS. 

" Antaranya bahan makanan, toto, selimut, tuala wanita, susu bayi, lampin bayi. 

Kalau ada bantuan, boleh hubungi terus bilik gerakan kami yang bertempat di Pejabat PAS Kawasan Dungun," katanya.

Ulasan