NGO Sumbang 1000 Kilogram Beras Untuk Mangsa Banjir


KUALA TERENGGANU - Badan Bukan Kerajaan (NGO) tampil menghulurkan sumbangan 1000 kilogram beras daripada derma orang ramai untuk mangsa banjir di negeri ini.

Aktivis NGO, Ahmad Faizol Yusof berkata, walaupun pemberian itu adalah amat kecil berbanding jumlah mangsa yang terjejas, ia amat besar nilainya bagi mereka yang terkesan. 

"lebih 70,000 mangsa banjir bencana gelombang kedua Monsun Timur Laut yang melanda Pantai Timur sejak awal November lalu

"kita ucapkan terima kasih kepada bekas pelajar UiTM Dungun yang memberikan sumbangan ini, walaupun jumlahnya tidak banyak tetapi amat membantu mereka yang dalam kesusahan," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan barang keperluan harian itu di Kampung Bukit Berangan, Kuala Nerus. 

Menurutnya, sebahagian daripada jumlah sumbangan itu juga telah diagihkan kepada DUN Hulu Besut, kawasan yang paling terjejas teruk pada kali ini.

Oleh itu, beliau berharap lebih banyak pihak luar yang dapat membantu penduduk yang terpaksa meninggalkan kerja,  mengemaskan rumah mereka.

"ramai dalam kalangan mereka yang ditimpa musibah ini yang bekerja sendiri, terpaksa cuti kerana mencuci rumah daripada selut dibawa air bah,

"memang ada bantuan tetapi disebabkan semua daerah di negeri ini dilanda banjir, tumpuan lebih kepada kawasan masing-masing," kata beliau. 

Ulasan