Pemerintahan Pakatan-Barisan 'Penipuan Terbesar Pilihan Raya’



Pemerintahan campuran yang dibentuk oleh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah satu "penipuan pilihan raya terbesar yang pernah ada".

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata, keputusan kedua-dua pilihan raya kecil di kerusi persekutuan Padang Serai dan DUN Tioman menunjukkan pengundi menolak pakatan pilihan kedua-dua gabungan yang dibentuk selepas pilihan raya umum ke-15.

“Bagi saya, penipuan PH dan BN pada PRU15 adalah ‘penipuan pilihan raya terbesar yang pernah ada’ dan hari ini pengundi di Padang Serai dan Tioman telah memberi isyarat jelas bahawa mereka tidak merestui tindakan kedua-dua gabungan ini,” katanya selepas kemenangan PN di Padang Serai.

Beliau mendakwa pengundi tidak yakin PH dan BN boleh menerajui negara melalui kerajaan campuran mereka.

“Kecewa dengan penipuan pemimpin PH dan BN semasa kempen PRU15, ramai penyokong kedua-dua parti ini telah beralih kepada menyokong PN,” tambahnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Serai PN yang baru dilantik, Azman Nasrudin memenangi 51,637 undi berbanding pencabar terdekatnya, Mohamad Sofee Razak dari PH dengan 35,377 undi. BN telah menyokong PH dalam pilihan raya ini kerana kerjasama kerajaan gabungan persekutuan.

Begitu juga PH memberi laluan kepada BN kepada calonnya Mohd Johari Hussain, yang memenangi 8,080 undi menewaskan Nor Idayu Hashim dengan majoriti 573 undi.

Dengan kejaayaan itu, PN kini memegang 74 kerusi di Dewan Rakyat


Ulasan