Usaha Cuci 1000 Rumah Dilanda Banjir Berterusan


KUALA NERUS - Inisiatif mencuci 1000 unit rumah teres di Taman Desa Tanjung Damai (TDTD) yang terlibat dengan bencana banjir diteruskan sehingga selesai. 

Ketua Penerangan PAS Terengganu, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, operasi bermula hari semalam, adalah permintaan daripada penduduk terbabit. 

“Kita telah berada dalam pasca banjir dan aktiviti pembersihan giat dilaksanakan dan kami fokus di TDTD , Taman Desa Darul Iman dan Taman Seri Embun”

“ Konsep yang kami adakan adalah kerana permintaan penduduk yang berhasrat akan mendaftarkan diri dan rumah mereka untuk pihak kami menghantar pasukan bagi membersihkan rumah mereka,” jelasnya. 

Beliau yang juga ADUN Tepoh berkata, para sukarelawan dapat membersihkan lebih 120 unit dalam tempoh satu hari. 


Selain katanya, selain kediaman para petugas turut mencuci Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Guntung .

“SK Bukit Guntung dibersihkan kerana sesi persekolahan akan bermula dan sukarelawan memberi khidmat kerana ramai mangsa yang berteduh disitu dalam kalangan warga emas dan uzur," ujarnya. 

Tambah beliau, seramai 120 orang yang terlibat dalam operasi pembersihan termasuk anggota daripada agensi luar yang turut menghulurkan bantuan.

“Selain anggota Jabatan Amal dan sukarelawan yang berdaftar di Pusat Khidmat Dun Tepoh, kakitangan Jabatan dan agensi kerajaan terlibat, 

"Antaranya adalah JKR, MBKT dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus bersama abang-abang pemandu dan lori," kata beliau. 

Menurutnya tidak kurang 10 buah lori membantu dengan membawa barangan yang rosak ke tempat pelupusan sampah. 


Ulasan