ADUN Rantau Abang Dilarang Bertemu Peserta Tuisyen Rakyat


DUNGUN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun dilarang untuk bertemu calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2022 yang merupakan peserta Tuisyen Rakyat di sebuah sekolah di sini.

Cikgu Alias yang berasa kecewa dengan tindakan tidak matang pihak atasan Pejabat Pendidikan daerah itu berkata satu arahan sepatutnya tidak berlaku begitu.

"Kita berada dalam satu negara atau negeri yang harmoni kenapa perlu ugut - mengugut.

"Sepatunya saya ke satu sekolah tersebut meraikan pelajar - pelajar, bukan kita nak bercakap politik dengan pelajar - pelajar yang menduduki SPM ini

" Tetapi untuk memberi semangat kepada mereka untuk mereka menghadiri kelas - kelas tuisyen untuk mereka mencapai kecemerlangan dan terbaik bagi pelajar - pelajar Negeri Terengganu itu sahaja,"ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penutup Pertandingan Ngail Ikan Darat anjuran PAS Cawangan Pelandang semalam di sini.

Dalam pertandingan tersebut Adik Haziq Mat Yani diumumkan sebagai juara setelah berjaya menaikkan ikan keli seberat 1.23 kg dan memenangi hadiah sebanyak RM200.

Katanya, sebanyak tiga buah sekolah menengah di DUN Rantau Abang terpilih sebagai tuan rumah Tuisyen Rakyat.

"Dua buah sekolah berkenaan tidak ada sekatan tetapi sekolah yang ketiga ini saya dihalang dan 'banner' Tuisyen Rakyat diarahkan supaya diturunkan," tambahnya melahirkan kekesalan.

Sempena pertandingan itu juga, kaunter Ahli Baharu PAS turut dibuka dan seramai 58 orang telah mengisi borang untuk menjadi ahli.

Ulasan