Bantuan Banjir ; Terima Kasih Kepada Semua


KUALA TERENGGANU - PAS Besut bersyukur dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang menghulurkan sumbangan dan membantu penduduk kawasan itu menghadapi kesukaran  banjir. 

Setiausahanya Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata, semoga setiap wang ringgit dibelanjakan dan tenaga yang dicurahkan, termasuk dalam kiraan pahala daripada Allah. 

"Alhamdulillah sejak daerah Besut dan DUN Hulu Besut terutamanya dilanda banjir besar baru-baru ini pelbagai pihak tela datang membantu. 

"Saya juga ingin berterima kasih kepada semua Jabatan dan agensi kerajaan terlibat, NGO dan sukarelawan," ujarnya ketika dihubungi. 


Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN Hulu Besut sangat terharu khususnya kepada NGO Prihatin Anak Watan Terengganu, mendirikan rumah baharu kepada mangsa yang kehilangan rumah akibat bencana itu. 

"bagi pihak MTD PAS Hulu Besut mengucapkan terima kasih kepada yang telah membina semula tiga buah rumah yang hanyut, 

"Sekurang-kurangnya tiga keluarga itu dapat menarik nafas lega kerana mereka mempunyai kembali kediaman untuk diduduki." tambah beliau. 

Tidak lupa kata beliau, penghargaan kepada pempinan PAS negeri Terengganu yang telah turut serta bergotong royong dan menyumbang kepada NGO tersebut.

"Alhamdulillah kepimpinan negeri juga turun menyantuni dan membantu mangsa banjir termasuk Tuan Guru Presiden PAS dan Menteri Besar Terengganu." katanya lagi. 

Ulasan