DUNGUN - Hanya undang-undang Islam ubat paling mujarab untuk mengubati penyakit umat yang membarah dalam masyarakat.
Tetapi peliknya, kata Pengerusi Lajnah Dakwah, Muslimat PAS Terengganu, Ustazah Noorzila Mohamad ramai yang takut untuk melaksanakannya.
"Kita agama rasmi adalah Islam, tapi betul ke Islam, tapi bila bercakap begini orang marah ke kita, kalau salah buktikan.
"Kalau orang yang berzina rejam sampai mati, kalau dah kahwin, kalau anak dara sebat 100 rotan,
"Dengan hukuman tersebut manusia jadi takut untuk buat maksiat bukannya manusia jadi gila untuk buat maksiat," jelasnya.
Beliau yang juga Ketua Muslimat Hulu Terengganu berkata demikian dalam Program Al Kahfi Time di Balai Raya Ladang Pinang Emas di sini, pada 27 Januari lalu.
Katanya, program ini adalah anjuran Muslimat DUN Rantau Abang dengan Akademi Duduk Ulama Amilin Terengganu (DUAT) dan diadakan secara berkala setiap bulan.
Menurutnya, Allah menjadikan manusia bersama solusi setiap permasalahan bukti kasih sayang Allah kepada hambaNya.
"Kalau ada masalah rujuk kepada Allah, kerana Al Quran sumber hukum tetapi yang menyedihkan masyarakat kita tidak memahaminya.
"Dan lebih malang lagi mereka tidak mahu cuba untuk belajar memahaminya," ujarnya penuh rasa kecewa.
Ulasan