Mustahil! Rumah Siap Dalam 31 Jam, Lengkap Dengan Perabot


KUALA TERENGGANU - Mustahil! Tapi itulah realiti yang berlaku apabila NGO Prihatin Anak Watan Terengganu berjaya menyiapkan rumah dalam Misi 5.0.

"siapkan dalam tempoh du hari sahaja bermula jam 8 pagi hingga 5 pagi. Dalam kiraan jam setepatnya 31 jam, 

"kos untuk misi kali ini adalah RM30 ribu siap dengan perabot dan perkakas asas rumah," ujar Pengerusi NGO Prihatin Anak Watan Terengganu, Mohd Asmawi Mokhtar. 


Menurut beliau, seramai 100 tenaga kerja terdiri daripada sukarelawan pelbagai NGO dan individu yang terlibat pada kali ini. 

"Antara mereka yang hadir termasuk Gong Tok Nasik (GTN) Care, ahli PAS Besut, kakitangan pejabat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Besut,

" Anggota Jabatan Amal, Hulu Besut Care (HBC), Jamaah Surau al-Hikmah, KN 313, ARC, Ganti, GTO, SKJ, Payung, WAM Care, Pelesit Bikerz Terengganu dan lain-lain," jelasnya. 


Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sudi mengiringi konvoi, Misi ke Hulu Besut. 

Setinggi-tinggi terima kasih juga, kata beliau, diucapkan kepada semua pihak yang menyumbang derma, sehingga rumah, Noraida Mamat, disempurnakan selengkapnya.

"ia adalah hasil sumbangan daripada individu, surau, masjid, NGO dan juga kerajaan negeri Terengganu," tambahnya 

Ulasan