Negeri Ditadbir PAS Berjaya Walau Ditekan Kerajaan Pusat


KUALA TERENGGANU - Empat buah negeri di bawah pentadbiran Pas tetap berjaya diurus dengan baik walaupun Kerajaan Pusat didakwa melakukan pelbagai cara untuk menekan kerajaan negeri berkenaan.

Presiden PAS, Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, "sebagai contoh, Pas berjaya mentadbir kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu menerusi amalan berjimat cermat".

"Pentadbiran yang berintegriti dan sokongan rakyat yang kekal memihak kepada parti itu sehingga hari ini adalah antara sebab mengapa PAS kekal bertahan", ulas beliau pada Isnin, 9 Januari.


Tambahnya lagi “Itu berlaku sebaik sahaja kami memerintah Kelantan dan Terengganu (disisihkan Kerajaan Pusat) apabila mereka dengan sengaja melakukan tekanan-tekanan khususnya dalam aspek pentadbiran dan ekonomi.

“Kita berjaya bertahan dengan berjimat-cermat dan integriti yang ada serta menerusi sokongan rakyat sampai ke hari ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti Gerakan Pulau Pinang selepas selesai sesi dialog bersama GERAKAN.

Ulasan