DUNGUN - PAS Terengganu sentiasa mengambil cakna mangsa banjir dan membantu meringankan bebanan yang ditanggung dengan mengadakan pelbagai program kebajikan.
Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun berkata, ketika bah melanda, pihaknya turut membantu proses pemindahan penduduk daripada rumah mereka yang ditenggelami air ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
"Begitu juga semasa di PPS, Jabatan Amal Malaysia (JAM), Muslimat dan Ameerah turut membantu mengedarkan, makanan serta minuman, serta ‘kit’ keceriaan kanak-kanak dan wanita,
" Apabila air sudah mula surut, kami tidak membiarkan mereka menanggung kesusahan bersendirian dengan mengadakan program pasca banjir," katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut ADUN Rantau Abang itu, selain membantu membersih sekolah, masjid dan surau serta rumah penduduk, MTD juga mengadakan dapur rakyat, mengedarkan lebih 500 bungkus makan tengah hari kepada petugas dan penduduk yang terkesan banjir.
"Dan baru-baru ini, 29 Disember, Alternatif Riding Club (ARC), Pemuda PAS Terengganu telah mengadakan Program Pasca Banjir : Tukar Minyak Hitam Motosikal Percuma.
"Di DUN Rantau Abang, tempat yang terpilih adalah di Serdang, Padang Pulut dan Alor Mak Bah, sambutannya amat menggalakkan, terima kasih Pemuda PAS," ujarnya.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Harun Esa berkata Sementara itu Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Harun Esa berkata program tersebut akan diadakan di seluruh lapan kawasan di Terengganu.
" Pemuda sedar banyak motosikal yang ditenggelami air
semasa banjir besar baru ni, jadi kita
cuba hendak membantu mangsa - mangsa dan ini adalah inisiatif kita selain turun
padang membersih rumah-rumah yang terlibat banjir." katanya yang ditemui
di Masjid Serdang di sini pada 29 Disember lalu.
Ulasan