PAS Sedia Hadapi Sebarang Petisyen


KUALA TERENGGANU - PAS dan Perikatan Nasional (PN) Terengganu bersedia menghadapii sebarang petisyen membantah  keputusan pilihan raya umum kali ke-15 lalu.

Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu  YB Ariffin Derama berkata, menjadi amalan biasa dan ia adalah perkara yang dibenarkan dalam sistem demokrasi.

"Ia bukan perkara pelik dan salah, mana-mana pihak boleh memfailkan petisyen selepas satu-satu pilihan raya diadakan,

"saya tak mahu komen panjang, tetapi kita sudah pun mengumpulkan dokumen untuk hadapi sebarang petisyen," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi hari ini, mengulas kenyataan parti Barisan Nasional yang akan mencabar pemilihan 

Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Ahli Parlimen Marang.

Menurut berita yang disiarkan pihak media, selain Marang dua lagi pilihan raya parlimen di negeri ini, Kemaman dan Kuala Terengganu.

Pada PRU 15 November lalu, calon PAS/PN Che Alias ​​​​Hamid menang dengan majoriti 27,179 undi di Kemaman mengalahkan calon BN Dato Seri Ahmad Said. 

Presiden PAS menang di Marang dengan majoriti 41,729 undi dalam pertandingan empat penjuru, manakala Kuala Terengganu mengekalkan calon PAS Datuk Ahmad Amzad Hashim dengan majoriti 40,907 undi menentang tiga pencabar.

Ulasan