Pendidikan Siasah Berterusan


Oleh : RR

KUALA TERENGGANU - Tanggungjawab memberi pendidikan siasah dan kefahaman Islam kepada anak-anak muda tidak akan berhenti serta bukan hanya sekadar kempen Pilihan Raya semata-mata.

Ketua Ameerah Negeri Terengganu, Asma Abdullah berkata, agenda dakwah, tarbiyah dan siasah terus berjalan.

"Kita berjuang tidak mengira musim dan akan sentiasa memperbaiki kelemahan yang ada.

"Kita sedang merancang dan mengatur program meneruskan gerak kerja memperkukuhkan organisasi bersama Dewan Muslimat PAS," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Menurutnya, Ameerah menyusun program - program yang bermanfaat untuk wanita muda Terengganu.

"Ameerah Terengganu bersiap siaga menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) walaupun belum ada ketetapan yang muktamad lagi.


"Kami akan patuh pada keputusan yang bakal diputuskan dan sentiasa mendengar arahan semasa daripada pimpinan negeri. 

"PRN akan dilaksanakan juga memandangkan tempoh pemerintahan akan berakhir selewatnya Julai tahun ini," ujar Asma.

Beliau menambah, keputusan PRU yang lalu telah membuktikan anak muda membuat keputusan yang bijak dan jelas memberi isyarat kepada parti lawan bahawa PAS berjaya mentadbir dengan baik.

"Akan mempertahankan kemenangan yang sama dalam PRN nanti meskipun cabaran tetap ada kerana  pengundi baru sahaja mengundi dan akan mengundi sekali lagi.

Justeru itu, beliau berharap, momentum semangat muslimat muda turun mengundi kali ini tetap sama demi memastikan Terengganu terus ditadbir dengan lebih baik.

"Di samping  dapat meneruskan perancangan yang sedia ada khususnya berkaitan bantuan atau insentif kepada rakyat," tambah beliau lagi.

Ulasan