Tanpa Peruntukan PAS Tetap Bantu Rakyat


DUNGUN - Walaupun kerajaan pusat PHBN menafikan peruntukan kewangan kepada pembangkang, Ahli Parlimen PAS tetap memberi bantuan kepada rakyat.

Yang Dipertua PAS Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, sumbangan tidak pernah putus sejak mewakili kawasan tersebut daripada 2013 sehingga kini. 

"Asasnya untuk  untuk memberi kesenangan dan kesejahteraan hidup rakyat.

"Tidak boleh beri banyak, sedikitpun kita cari untuk membantu, yang penting kita memberi sumbangan kepada rakyat kita., ingat kita ada tanggungjawab dalam kehidupan," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada program  Sumbangan Nelayan DUN Rantau Abang di Dewan Al Husna, Darul Ansar, Kampung Alor Mak Bah di sini pada Jumaat 13 Januari

Dalam majlis tersebut seramai 420 orang nelayan di DUN Rantau Abang menerima sumbangan dalam bentuk wang tunai, sekampit beras dan seekor ayam.

Sementara ADUN Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata sumbangan saban  tahun itu telah masuk tahun kelapan.

"Kerana kami, PAS DUN Rantau Abang sedar setiap tahun nelayan kita tidak dapat ke laut yang menjadi punca pendapatan keluarga, cuma inilah yang kami dapat bantu, 

" bukan untuk menyelesaikan masalah, tetapi sekadar menampung sedikit perbelanjaan keluarga," katanya.

Ulasan