TikTokers' Sebagai 'Tentera Angin'

 


Oleh : Fatimah Din 

BANGI- Golongan pengamal media di platform "TikTok" diumpamakan sebagai 'tentera angin' yang menjadi benteng kekuatan baharu PAS. 

Mengulas lanjut, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata  banyak berita yang disebarkan mereka melalui aplikasi tersebut sehinggakan golongan berusia sepertinya tidak sempat mengikuti sepenuhnya. 

"Anginlah yang membawa berita-berita termasuklah perkembangan terkini maya yang menyebabkan isu yang kami peringkat tua ini pun tak dapat nak ikut." ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika bercakap sebagai ahli panel dalam slot 'Dialog Anak Muda' sempena Majlis Apresiasi Media Anak Muda 2022 di Bangi Golf Resort di   disini pada 7 Januari. .


Di dalam majlis yang disempurnakan oleh Naib Presiden parti itu, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar itu, turut diberikan penghargaan kepada individu dan kumpulan yang berusaha keras memberi maklumat kepada rakyat tentang fakta di Malaysia menjelang Pilihanraya Ke-15 baru-baru ini.

Di dalam ucapan perasmiannya, Dato' Seri Dr Samsuri Mokhtar  berharap agar ramai lagi anak muda yang sukarela "tanpa dibayar"  menjadi benteng penerangan kepada parti dan kerajaan untuk menyampaikan maklumat yang betul.

"Adakala kita perlu menerang, adakala kita perlu menyerang aan adakala kita perlu 'wait and see'," katanya. 

Turut hadir Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad dan Pengarah Penerangan PAS Terengganu, Mohd Soud Said.

Ulasan