Warisan Ilmu Sekadar Kemampuan


MARANG - Melihat kepada keperluan semasa, Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, beliau berfikir untuk meninggalkan warisan ilmu sekadar kemampuannya. 

"Dalam usia saya yang sudah akhir. Jadi, 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙡𝙪𝙢 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖𝙡 𝙙𝙪𝙣𝙞𝙖. Biar saya ada tinggal benda-benda bermanfaat kepada masyarakat."ujarnya dengan nada sebak. 

Beliau berharap, Allah menerima apa yang beliau lakukan untuk kebaikan semua masyarakat, dunia dan akhirat.

Beliau berkata demikian ketika menitipkan ucapan alu-aluan pada Majlis Pelancaran 'Buku Hidayah Itu Di sini", sempena Karnival Ilmu Rusila, Masjid Rusila, semalam. 

Menurutnya, Nabi Muhammad SAW menyarankan umatnya agar berusaha supaya "𝙗𝙚𝙧𝙖𝙢𝙖𝙞-𝙧𝙖𝙢𝙖𝙞 𝙪𝙢𝙖𝙩 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢 𝙢𝙖𝙨𝙪𝙠 𝙎𝙮𝙪𝙧𝙜𝙖 bukannya ramai yang masuk neraka". 


"Perjalanan ini sangat mencabar, sangat teruji. Walaupun kita mempunyai kelemahan-kelemahan yang banyak. Memanglah tak ada yang sempurna. 

"𝙔𝙖𝙣𝙜 𝙥𝙖𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙢𝙥𝙪𝙧𝙣𝙖 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙩𝙖𝙖𝙡𝙖, yang sempurna Al-Quran, itu yang sempurna. Yang lain tidak sempurna, ada kekurangan." tambah beliau. 

Justeru katanya, apa yang beliau buat adalah "𝙨𝙪𝙢𝙗𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙙𝙞𝙠𝙞𝙩 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙙𝙞𝙨𝙖𝙢𝙗𝙪𝙣𝙜, 𝙙𝙞𝙨𝙚𝙢𝙥𝙪𝙧𝙣𝙖, 𝙙𝙞𝙩𝙖𝙢𝙗𝙖𝙝 𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙡𝙖𝙞𝙣". 

Apa yang penting, tegas beliau, sumbangan tersebut meneladani ulama-ulama pada zaman dahulu yang telah meninggal dunia, namun ilmu mereka tetap hidup. 

"𝙐𝙡𝙖𝙢𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥 𝙞𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙪𝙡𝙖𝙢𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙟𝙪𝙖𝙣𝙜. Yang menegakkan Islam, ini ulama yang hidup." jelasnya.


Ulasan