11 Syahid, 102 Cedera


GAZA - Sebelas rakyat Palestin mati syahid dan 102 yang lain cedera oleh tentera pendudukan Israel semasa serbuan mereka ke atas Nablus. 

Menurut Kementerian Kesihatan, identiti para syuhada seperti berikut: Adnan Ba'ara, 72, warga emas Abdul Hadi Ashqar, 61, Mohammed Anbousi, 25, Tamer Minawi, 14, Mosaab Aweis, 26, Walid Dakhil, 23, Muhammad Shaaban, 16, dan Jasser Qanair, 23. Selain itu, dua pejuang penentangan Hussam Aslim, 24, dan Muhammad Abu Bakr Junaidi, 23.

"pertempuran tercetus antara pemuda dan pasukan pendudukan, yang melepaskan bom gas dan kanister bunyi. Akibatnya, 102 rakyat cedera, 6 daripadanya dalam keadaan kritikal." tambah kenyataan Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan. 

Menurut Pengerusi Cinta Gaza, Nadir An-Nuri, susah untuk menggambarkan perasaan mereka yang melambai ahli keluarga dan rakan taulan buat kali terakhir di Nablus kelmarin.


"11 orang syuhada' terkorban dalam masa beberapa minit. 11, bukan bukan seorang, 

"Di kala umat menangisi mangsa Turkiye dan Syria, para pemuda Palestin hampir dilupakan, walaupun tahun ini sahaja 60 orang telah dibunuh dalam tempoh sebulan setengah." ujarnya. 

Tambahnya, pagi semalam beberapa lokasi di Gaza pula diserang. 

"Hari ini, entah apa pula nasib kami di sini." tambah beliau. 

Justeru beliau menyeru semua pihak dapat membantu warga Gaza yang sedang bersiap sedia, berdepan sebarang kemungkinan. 

"Bantu kami berdepan peperangan kalau semboyan ditiup dan gendang dipalu.

"Salurkan sumbangan kalian kepada kami melalui emergency4gaza.com dan pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini,  pohon sangat, jangan lupa mendoakan kami."kata beliau. 

Ulasan