628 Perwakilan Hadir Mesyuarat Agung Tahunan Muslimat PAS Marang


Oleh :Fatimah Din F

Foto: Siti Hajar Kamaruddin 

MARANG - Seramai 628 orang perwakilan muslimat menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kali-38 yang dirasmikan oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Marang itu berkata, Muslimat umpama sebuah kediaman yang lengkap dan kukuh. 

"Organisasi Muslimat ini macam rumah, peringkat cawangan jadi lantai, peringkat DUN jadi tiang, peringkat kawasan jadi dinding, peringkat Negeri jadi atap," jelas beliau. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat tersebut di Dewan Majlis Perbandaran Marang di sini pada Jumaat 17  Februari. 


Sebelum itu, Ketua Muslimat Negeri Terengganu, To Puan Zarani Othman menyentuh tiga peranan yang perlu dimainkan oleh Muslimat semua peringkat supaya mendapat bantuan daripada Allah.

 " Pertama bina iman , pertingkatkan ilmu, perbaiki akhlak, kedua laksanakan konsep jemaah dengan laksana syarak, adakan syura, konsep amal Jamaie ukhuwwah wala' pada pimpinan. 

*Ketiga , persiapan kekuatan lahiriah dengan segenap kemampuan yang ada, gerak dengan cawangan, muslimat muda cawangan perlu ada jawatankuasa," ujarnya.

Ulasan