Bumi Palestin Milik Anak Muda


KUALA TERENGGANU - Pelbagai usaha telah digerakkan bagi memastikan anak muda merasai bahawa bumi Palestin adalah milik merekad an berusaha mempertahannya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Harun Esa berkata, kerana itu di peringkat kerajaan PAS Terengganu mengadakan Program Minggu Al-Quds.

"Bagi memastikan ia sentiasa meniti dalam hati dan juga sanubari perasaan cinta terhadap bumi umat Islam ini. 

"walaupun berada jauh dari tanahair sentiasa menjadi keutamaan dan meletakkan keyakinan untuk membebaskannya.

"Dimana kita kena memperjuangkannya dan ia merupakan amanah yang diberikan oleh Allah bagi membela tanah suci umat Islam ini," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui di Program Kayuhan Basilah 'Family Fun Ride' ,di Dataran Batu Burok, pada  Sabtu.

Mengulas lanjut katanya, program berkenaan merupakan salah satu pengisian program pada minggu Al-quds itu.

'Dimana program yang diadakan bermula Jumaat melalui pertandingan mewarnai kanak-kanak, pada sebelah malamya ada 'Ceramah perdana Kembalikan Al-quds' membabitkan pimpinan Palestin dan pemimpin PAS termasuk Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

"Pada hari ini diteruskan dengan program kayuhan basikal, dimana semua ini DPPNT telah menjadi tulang belakang dan pengerak penting kepada program ini.

"Bukan setakat itu sahaja, sepanjang minggu Al-quds ini telah menghidupkanya dengan mencetak ratusan bendera dan 'banner' di sepanjang jalan bagi menyemarakkan program ini,' ujarnya.

Ulasan