KUALA TERENGGANU – Dewan Himpunan Pendokong PAS (DHPP) Negeri Terengganu menerima permohonan 30 orang ahli baharu daripada kaum Tionghua.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu (BPPNT) YB Ustaz Wan Sukairi Wan
Abdullah berkata, walaupun pelbagai tohmahan serta tuduhan yang dilemparkan
kepada PAS oleh parti lawan namun ia terus menjadi tumpuan.
Menurutnya, bukan sahaja mendapat sokongan dalam kalangan orang Islam, bahkan bukan
Islam juga berminat untuk menyertai PAS dan ingin bersama dengan perjuangannya.
"Tahniah buat 30 orang Kaum cina yang telah mendaftarkan diri sebagai ahli PAS melalui Dewan Himpunan Pendukung PAS
(DHPP),” kata beliau suatu kenyataan di sini, semalam.
Penyerahan
borang telah dibuat oleh Ketua Pemuda DHPP Terengganu,cAlex Chan Foo Yew
disaksikan oleh Penolong Setiausaha BPPNT YB Hanafiah Mat dan Ketua DHPP
Terengganu, Dr Balachandran G Krishnan
Oleh itu, beliau berharap agar mereka yang baru menyertai PAS sentiasa
istiqamah dalam perjuangan parti itu dalam membela nasib rakyat di negara ini.
"Persiapan kekuatan mental agar sekali tidak mengalah dan apa yang lebih
penting lagi ialah memahami apa itu perjuangan PAS.
"Selamat berjuang buat semua," ujarnya.
Ulasan