Hamas Sudah Sedia Jadi 'Pedang Dan Perisai'


Pergerakan Hamas memberi amaran kepada Israel, mereka akan menjadi 'pedang dan perisai' kepada seluruh rakyat Palestin jika serangan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat dan Gaza berterusan.

“Kami di Gaza sedang memantau perkembangan di Tebing Barat dan bersedia untuk melindungi Baitulmaqdis dan Al-Aqsa,” kata jurucakap Hamas Hazem Qassem.

Amaran keras itu dibuat semasa perhimpunan anjuran Hamas di Gaza City pada petang Jumaat. 

Menurut beliau, Briged Al-Qassam sudah bersiap siaga, jiwa dan raga, mempertahankan maruah umat. 

"Mereka akan menjadi benteng bagi rakyat Palestin kita di Tebing Barat yang diduduki,” tegasnya Qassem yang menambah, Hamas akan sentiasa berdiri di belakang tahanan Palestin. 

Qassem berkata, Hamas sedar, terdapat percubaan oleh Pentadbiran AS untuk menamatkan pemberontakan di Tebing Barat. 

Beliau menegaskan bahawa serangan yang dilakukan oleh pergerakan itu, hanyalah tindak balas semula jadi terhadap,  pelbagai jenayah yang dilakukan oleh rejim haram Israel.

Ulasan