Jajaran Yang Merugikan Melayu Islam


Oleh : Pyang Mamat

KEMAMAN - Laluan baru yang dikenali sebagai 'Laluan Sutera' yang bakal dilakarkan pasti akan merugikan masyarakat Melayu Islam di Malaysia. 

Naib Yang Dipertua Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Kemaman, Ustaz Hazri Jusoh berkata laluan ini akan merentasi dari selatan ke utara negara dan perlantikan agensi perumahan daripada Singapura adalah satu kesilapan. 

"Jajaran baru ini akan merentasi daripada Singapura, Kuala Lumpur, Ipoh dan terus ke utara tanahair hingga ke Taiwan dan Hong Kong," katanya. 

"Menteri di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan Malaysia telah melantik penasihat daripada negara jiran Singapura iaitu Housing and Development Board (HDB) bagi menjalankan pembangunan perumahan secara sistemetik di Malaysia. 

"Mengikut sejarah Singapura, Kerajaan Singapura menubuhkan Housing and Development Board bagi menjalankan pembangunan perumahan secara terancang dan menggunakan alternatif ini untuk memecahkan dominasi kaum dalam sistem perumahan di Singapura. Sistem kuota perumahan telah diperkenalkan dan kampung-kampung Melayu dihapuskan atas nama pembangunan." Ujarnya


Hazri berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Tahunan PAS Cawangan Seri Bandi dan Sungai Ibok bagi Sesi 2023-2025 di Markaz UDM Seri Bandi pada Jumaat, 10 Februari lalu. 

Beliau turut melahirkan rasa kebimbangannya jika jajaran ini benar-benar menjadi realiti diatas faktor keselamatan negara dan masyarakat melayu seluruhnya di Malaysia. 

"Dalam isu ini, ia melibatkan isu hartanah negara dan perlantikan menteri ini akan melibatkan kepakaran dari luar negara yang akan mempunyai akses maklumat kepada aset strategik negara iaitu tanah.

Ulasan