KUALA TERENGGANU - Kelab Aktivis Media Inspirasi (KAMI) sedang giat menjalankan kempen memungut derma bagi disalurka kepada mangsa-mangsa gempa bumi di negara Turkiye dan Syria.
Ketua Kluster Kebajikan KAMI Azizah Mahmood berkata, untuk tujuan itu, satu majlis makan malam akan diadakan.
"kita bersama semua rakyat Turkiye dan Syria yang amat terkesan dengan gempa bumi yang melanda baru ini,
"Majlis makan malam 'Turkiye Menangis' adalah satu usaha kecil KAMI, yang akan menampilkan Ketua Lajnah Antarabangsa PAS, Ustaz Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi," ujarnya ketika dihubungi.
Selain itu, KAMI juga membuka talian 24 jam kepada semua pihak yang mahu menyumbang dan mahu mengetahui perkembangan semasa di Turkiye dan Syria.
"Yang jauh yang dekat, boleh menderma secara terus kepada akaun KAMI sebagaimana poster yang dilampirkan dan diedarkan dalam media sosial," jelasnya
Ulasan