Organisasi PAS Ibarat Kanopi


DUNGUN - Organisasi di dalam PAS ibarat sebuah kanopi yang mempunyai empat tiang dan jika tidak cukup maka ianya tidak dapat berdiri.

Mengulas lanjut, Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata didalam satu cawangan perlu ada PAS Cawangan, Muslimat, Pemuda dan Ameerah baharulah menjadi satu organisasi yang kuat.

"PAS Cawangan satu tiang, muslimat satu tiang, Pemuda satu tiang dan Ameerah satu tiang, jadi perkemaskan agar kanopi tersebut dapat berdiri tegak,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Taman Rakyat Jaya kali Ketujuh pada 10 Februari di sini.


Ustaz Wan Hassan turut berharap supaya pemimpin parti Cawangan banyak bersabar dengan karenah ahli - ahli dan penyokong di tempat mereka. 

"Ahli-ahli yang datang lambat ke majlis, bagi sesetengah ia merupakan kewajipan dan sesetengah ia merupakan sukarela, sabar ye, 

" kejayaan kita yang sebenar ialah mati dalam perjuangan, " pesannya lagi.

Ulasan