KUALA NERUS - Pembebasan kota suci umat Islam Al-Quds dan masjid Al-Aqsa daripada cengkaman Yahudi laknatullah, sudah semakin hampir.
Presiden Asian Federaton Of MUslim Youth (AFMY) Dr Abdul Muntaqim Dato' Abu Bakar berkata, rejim Israel sudah semakin lemah dengan perpecahan dalaman negara zionis itu.
"Selepas peperangan diantara pejuang Palestin yang bersatu dengan Israel 'saif al-Quds' pada tahun 2021,
"Penentangan bukan sahaja berlaku di Gaza sekarang sudah melebar ke Tebing Barat," tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan khutbah Jumaat sempena sambutan Minggu Al-,Quds Sedunia, di masjid Jamek Tok Jiring, di sini.
Justeru beliau berpesan agar seluruh masyarakat sentiasa mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
Katanya, menganggap tindakan melanggar perintah Allah adalah hal peribadi, akan mengundang kemurkaan Allah.
"perbuatan zina dan salah laku seks luar tabiie (LGBT) akan menghancurkan masyarakat dan negara," jelas beliau.
Ulasan