PH Perintah Malaysia Angkara Umno

 


DUNGUN - Muslimat PAS mestilah turun ke kampung-kampung menerangkan kepada penyokong tegar Umno, bahawa angkara parti itulah menyebabkan negara diperintah oleh Pakatan Harapan (PH). 

Ketua Muslimat PAS Kelantan, Dato' Siti Zailah Mohd Yusof berkata, Umno memberi sokongan kepada mereka, mereka cukup bilang, sehingga dap menguasai negara. 

"Sedangkan majoriti rakyat menolak PH dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRN15) baru-baru ini,

"58% orang Melayu beri sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) dan PH hanya 11%," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun kali ke 41 di Dewan Masjid pada Jumaat 24 Februari. 

Turut hadir ialah Naib Yang Dipertua PAS Dungun, Wan Hapandi Wan Nik dan Ahli Jawatankuasa Muslimat Terengganu, Raja Endun Raja Abdul Rahman. 


Dalam pada itu, beliau berkata, sebelum pembentangn Belanjawan 2023 telah keluar kenyataan bahawa Kelantan dan Terengganu tidak layak menerima royalti. 

"Orang Terengganu kena ingat sampai bila - bila, siapa dia yang beri kuasa kepada mereka Umnolah, kalau tidak mereka tidak cukup kerusi untuk menjadi kerajaan. jadi kenapa masih hendak menyokong mereka.? 

"Umno sekarang tidak lagi hendak memperjuangkan Melayu, ini yang mesti kita sampaikan," katanya. 

Menurutnya,  Sabah dan Sarawak diberikan royalti, tetapi Kelantan dan Terengganu dinafikan, sedangkan sama-sama di bawah kerajaan Persekutuan. 

"Di mana semangat 'federalisme' yang dilaungkan, ini adalah satu pengkhianatan kepada rakyat Terengganu dan Kelantan,

"Sedangkan Terengganu ni(kalau melalui antara Kerteh dan Paka) sepanjang jalan tu kita tengok tangki - tangki minyak, adalah satu yang tidak lojik, tidak mendapat royalti minyak," katanya.

Ulasan