Rached Ghannouchi Sekali Lagi Dipanggil Polis


 Polis telah memanggil ketua parti pembangkang terbesar, Rached Ghannouchi untuk disoal siasat selepas beberapa tangkapan yang menyasarkan pengkritik Presiden Kais Saied. 

Tindakan penguasa Tunisia itu telah menimbulkan kebimbangan terhadap kebebasan bersuara dan hak politik dalam kalangan rakyat. 

Beliau yang juga ketua parti Ennahdha dan speaker parlimen yang dipilih Saied, secara rasmi dibubarkan tahun lalu. 

"beliau telah diminta untuk hadir di balai polis Tunis pada hari Selasa lalu," kata jurucakap Ennahdha Zayneb Brahmi.

Menurut Brahmi, polis tidak mendedahkan tujuan siasatan, dan tiada ulasan segera oleh Kementerian Dalam Negeri.

Ghannouchi telah disoal siasat beberapa kali tahun lalu kerana disyaki membiayai Ennahdha secara haram dan membantu menghantar pejuang Tunisia ke Syria untuk menyokong pejuang ISIL (ISIS). 

Namun begitu ia dinafikan oleh Ennahdha dan hakim memutuskan untuk tidak menahannya sementara menunggu siasatan.

Ennahdha, parti terbesar dalam parlimen sebelum pembubarannya, telah memainkan peranan utama dalam kerajaan gabungan berturut-turut sejak revolusi Tunisia 2011, yang membawa pemerintahan demokrasi.

Selepas memenangi pilihan raya presiden 2019, Saied merampas kebanyakan kuasa pada 2021, menutup parlimen dan bergerak untuk memerintah melalui dekri sebelum menulis semula perlembagaan. 

Pengkritiknya, termasuk Ennahdha, telah mengecam tindakannya sebagai rampasan kuasa anti-demokrasi.

Sebaliknya, Presiden berkata tindakannya adalah sah dan perlu untuk menyelamatkan Tunisia daripada huru-hara dan telah menyifatkan musuhnya sebagai pengkhianat, menyalahkan mereka atas masalah ekonomi dan politik negara.

Ulasan