"Selamat Datang Ke Bahtera PAS"


KUALA TERENGGANU - PAS mengalu-alukan semua pihak yang mahu berjuang bersama parti itu bagi melaksanakan agenda untuk terus berdakwah, mengajak seluruh manusia kepada Islam. 

Menurut Naib Presidennya, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, bergerak bersama gerakan Islam itu adalah secara sukarela dan tanpa paksaan. 

"mengurus cara hidup berpolitik dalam sebuah masyarakat majmuk dengan penuh hikmah (kebijaksanaan dan tidak melampaui batas), bersabar dan bertaqwa." jelasnya dalam satu kenyataan. 

Kerana itu, kata beliau, PAS tetap mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera. 

"BPMS merupakan budaya politik yang berasaskan kepada kematangan dalam membuat keputusan dan tindakan sesuai dengan realiti masyarakat, 

"berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah serta bermatlamatkan kesejahteraan rakyat, kemakmuran negara dan keredaan Allah SWT." tegasnya. 

Kata beliau, tujuh prinsip BPMS yang dibawakan oleh PAS iaitu, Politik Bertunjangkan Prinsip, Politik Dakwah dan Amar Maaruf Nahi Mungkar. 

"Politik Penyelesaian Berdasarkan Islam, Politik Utamakan Rakyat, Politik Damai dan Diplomasi, Politik Benar Bukan Persepsi dan Politik Rasional dan Profesional," 

"Selamat datang ke bahtera PAS." ucapnya. 

Ulasan