Tiada Seruan Keganasan Sama Sekali


Program HIMPIT menghimpunkan seluruh jentera pemuda PAS Terengganu, telah diadakan sejak 1991 lagi. Merupakan acara tahunan.

2. Telah menjadi tradisi 8 Pemuda PAS kawasan membawa replika dan tema perarakan masing-masing. Ada yang membawa tema sukan, pelantar minyak, wisma Darul Iman bahkan ada yang berkuda pada penganjuran HIMPIT kali ini.

3. Tiada istilah keganas dan provokasi, bahkan sangat menarik apabila melihat kreativiti dari wakil kawasan-kawasan mempamerkan idea masing-masing. Ada mereka yang memulakan persiapan hampir sebulan semata-mata untuk menyertai program kali ini. Anggota polis trafik juga ada bersama kami membantu mengawal lalu lintas ketika perarakan setiap kontigen sedang berlangsung dengan aman.

4. Saya sangat menyarankan kepada semua pihak yang menggunakan isu perarakan HIMPIT 2023 kali ini untuk sentiasa mesra dengan program-program anjuran PAS selepas ini. Supaya dapat mengambil gambaran sebenar perjalanan sepanjang acara-acara yang disusun berlangsung. Benarlah sabdaan Nabi SAW “Manusia akan menentang apa yang mereka jahil”

5. Isu pemakaian seragam perang zaman para sahabat oleh salah satu kontigen hanyalah sebagai sebahagian dari memenuhi tema perarakan mereka. Sama seperti perarakan dan pertandingan “cosplay” yang dibuat diseluruh pelusuk negara yang menayangkan senjata-senjata adiwira kegemaran mereka. Bahkan ada filem-filem klasik perjuangan yang ditayangkan dengan menggunakan senjata juga diterima dalam masyarakat.

6. Walaubagaimanapun kami tetap berterima kasih kepada semua pihak yang memberi publisiti kepada program tahunan Pemuda PAS Terengganu ini secara langsung ataupun tidak.

7. Kami juga sedia memberi kerjasama kepada siasatan sekiranya diperlukan oleh pihak berkuasa, walaupun ia kelihatan agak tidak logik sebenarnya.

Terima Kasih


Mohd Harun Esa

Ketua Pemuda PAS Terengganu




Ulasan