300 Pilih Jawatankuasa Menerusi 'E-Voting'


Oleh : Siti Radhiah Alias 

KEMAMAN - Lebih 300 orang perwakilan  mengundi memilih Jawatankuasa baharu menerusi sistem 'e-voting'  pada Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kemaman kali ke-39 yang berjalan lancar.

Pemilihan jawatankuasa kali ini mengekalkan Ustazah Hajjah Fainah Mat sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kemaman dengan kemenangan tanpa bertanding. 

 Sementara itu ketika merasmikan majlis tersebut, Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim mengingatkan  bahawa program tahunan itu merupakan medan untuk ahli jemaah perbaiki gerak kerja. 


"Bukan untuk mencari salah atau cacat cela sesiapa." katanya.

Mesyuarat Agung kali ini diadakan di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman di sini pada 25 Februari lalu dan telah dihadiri lebih 500 orang perwakilan dan pemerhati dari seluruh Kemaman.

Turut hadir ialah Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Hazri Jusoh serta Penolong Setiausaha 1, Cikgu Ab Razak bin Ibrahim   mewakili PAS Kawasan Kemaman. 

Menurut Ustaz Hishamuddin, pemimpin perlu ada sikap muhasabah dan muraqabah. 

"Muraqabah adalah perkara yang dilakukan sebelum amalan, manakala muhasabah adalah perkara yang kita lakukan selepas amalan, " jelasnya lagi.

Ulasan