400 Kilogram Ikan Aya Licin!



Oleh : Khairan Mat Jusoh

MARANG –  Sebanyak 400 kilogram ikan aya laris dijual dalam tempoh tidak sampai tiga jam selepas diserbu orang ramai sempena Program Jualan Sejahtera anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan. 

Pengarah Majlis Tindakan DUN berkenaan, Ustaz Sulaiman Sulong kesemuanya habis dibeli oleh orang ramai yang memanfaatkan peluang mendapatkan bekalan makanan tersebut dengan tawaran harga  lebih murah iaitu RM5.00 seekor.

 "Selain tawaran ikan aya 50 peratus lebih rendah dari harga pasaran, program  ini juga turut mengagihkan kangkung dan terung percuma kepada pelanggan yang datang," jelasnya. 

Beliau berkata demikian ketika di temui selepas program berkenaan yang diadakan di Kampung Bukit Kayu Kelat, Pengkalan Berangan, di sini, hari ini. 

YB Ustaz Sulaiman 


Menurutnya, beliau teruja dengan sambutan yang diberikan oleh para penduduk setempat.

 "Sepatutnya bermula jam 8. 00 pagi terpaksa diawalkan kerana kehadiran penduduk yang ingin mendapatkan ikan pada harga murah.

“Jadi pembelian terpaksa dihadkan kepada dua ekor ikan sahaja bagi setiap keluarga," ujarnya.

Katanya, inisiatif ini diadakan bertujuan untuk meringankan beban penduduk yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

"Dianggarkan sebanyak 200 keluarga di sekitar Pengkalan Berangan mendapat manfaat dari program ini," katanya.

Setiausaha PAS Marang menambah , sebanyak 130 kilogram sayur kangkung dan terung yang diberikan percuma untuk dimasak sebagai juadah tambahan ketika berbuka puasa juga habis dalam tempoh tersebut.


"Berdasarkan perkembangan positif itu kita merancang untuk adakan lebih banyak program seumpama itu bagi membantu mengurangkan kos perbelanjaan penduduk di bulan Ramadan.

“Saya gembira melihat respon baik daripada rakyat.

"Selain jualan sejahtera, kita juga msanakan beberapa program lain sepanjang Ramadan ini termasuk agihan bubur lambuk dan bantuan buat asnaf," tambah beliau.

Sementara itu,  majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim terpilih di sekitar DUN Pengkalan Berangan turut diadakan sebagai usaha menceriakan mereka menyambut Ramadan Syawal tidak lama lagi.

Ulasan