Ahmad Samsuri Kekal YDP PAS Marang


MARANG - Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kekal sebagai Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Marang untuk sesi 2023-2025.

Naib Presiden PAS itu menang tanpa bertanding dalam pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Marang kali ke-39 yang diadakan di Dewan Tuan Guru Harun Taib, Rusila di sini semalam.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan jawatankuasa pemilihan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah turut menang tanpa bertanding sekali gus mengekalkan jawatan Timbalan YDP

Turut menang tanpa bertanding ialah ADUN Alur Limbat, Ustaz Ariffin Deraman bagi jawatan Naib YDP.

Sementara itu, ADUN Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong pula menerima undi tertinggi bagi Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Marang.

Manakala Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, (DUN) Dato' Yahaya Ali dan Ahli Dewan Negara yang baru dilantik, Senator Hussin Ismail juga terpilih sebagai AJK PAS Marang.

Ulasan