Bukan Mudah Untuk PAS 'Bertahaluf'


 MARANG - Keputusan PAS untuk bertahaluf (bekerjasama) dengan parti-parti politik di Malaysia bukan suatu yang mudah, perbincangan demi perbincangan diadakan sehingga satu kesepakatan diambil.

Pengerusi Sidang AS-Sabiqun PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz  Mohamed menjelaskan, dalam PAS tingkat yang paling tinggi memutuskan sesuatu perkara ialah Majlis Syura Ulama. 

"Kita dulu hendak bertahaluf dengan Pakatan Rakyat, DAP dan PKR maka Majlis Syura Ulama bersidang bukan sahaja di Malaysia malah sehingga keluar negeri menemui ulama-ulama tersohor di dunia di UK (United Kingdom) , Perancis dan lain-lain lagi, 

"minta pandangan apakah boleh PAS untuk ber'tahaluf siasi' dengan parti-parti yang ingin bekerjasama, akhirnya kita mendapat pandangan dari mereka, barulah kita buat keputusan, " terangnya.

Mantan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat menyatakan demikian pada program Taujihad Musyidul Am sempena Himpunan As-Sabiqun 2.0 di Rusila dekat sini pada 4 Mac. 


Tetapi tambah beliau, setelah mereka berasa kuat, rasa berpengaruh mereka mula serang PAS dan tidak menyetujui dasar-dasar Islam. 

"Maka Dewan Ulama PAS Pusat dalam muktamar memutuskan tahalul tersebut dan  diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. 

"Begitu juga 'tahaluf siyasi' dengan Umno bukan mudah - mudah, memakan masa walaupun Umno berpuluh tahun memusuhi PAS tapi kita bersetuju untuk bertahaluf, walaupun akhirnya Umno mengkhianati. 

"Akhirnya  Umno telah mengkhianati kita dengan mereka pula sanggup bersengkokol dengan Dap dan sanggup melanggar keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) mereka 'no Anwar' , 'no Dap',"  ujarnya.

Ulasan