Dungun Sumbang RM 72,760 Untuk Turkiiye

 


DUNGUN - PAS Dungun telah berjaya mengutip   sebanyak RM72, 760.00 untuk disumbangkan kepada Tabung Kemanusiaan Terengganu for Turkiye yang dilancarkan oleh PAS Terengganu. 

Yang Dipertuanya Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli melahirkan kesyukurannya diatas sumbangan orangramai, sayap - sayap parti dan Badan Bukan Kerajaan(NGO) bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

"Hari ini kita telah menyerahkan sbanyak RM 72,760.00  dan jumlah keseluruhan yang dikumpulkan di seluruh Negeri Terengganu adalah   sebanyak RM 709,798.00.," ujarnya. 

Beliau berkata demikian selepas majlis ringkas yang disempurnakan oleh Presiden PAS, Tan Sri Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila pada Jumaat

Sambil merakamkan ucapan terimakasih kepada para penyumbang beliau turut  mendoakan agar mereka dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan semoga sentiasa dalam lindungan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Ulasan