Fitnah NST

 


Merujuk kepada berita akhbar New Straits Times (NST) bertajuk "PAS goes against Selangor Sultan saying Muslims can't visit churches temples", PAS menegaskan laporan tersebut adalah suatu fitnah terhadap Parti Islam Semalaysia (PAS) dan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Setiausaha PAS Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir berkata, artikel dimuatnaik pada 27 Mac 2023  yang memetik Kenyataan Media Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi bertarikh 26 Mac 2023, telah dibuat dengan niat tidak baik. 

"laporan akhbar NST tersebut dengan tujuan untuk memburukkan imej dan nama baik Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N51 Sijangkang dan Ahli Parlimen P112 Kuala Langat, 

"PAS Selangor di dalam kenyataan menjunjung kasih atas titah DYMM Sultan Selangor yang menegaskan kembali pernyataan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkenaan," jelas Shahir dalam satu kenyataan media semalam. 

Oleh itu, NST dengan seberapa segera didesak untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik berita fitnah itu. 

"PAS Selangor tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang sekiranya tuntutan tersebut gagal dipatuhi." tegas Shahir. 




Ulasan