Kerajaan Malaysia Hari Ini 'Koyak Rabak'


DUNGUN - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir hari ini disifatkan sebagai koyak rabak dan tidak akan bertahan lama. 

Presiden PAS, Tan Sri Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS menang paling banyak kerusi, tapi tidak dapat tubuh kerajaan, ini adalah satu cabaran, namun  jangan putus asa. 

"Kerajaan yang ada adalah kerajaan yang koyak rabak, kerajaan yang masalah dalaman tidak boleh selesai, kerajaan yang membina diri mereka dengan  sampah-sampah politik, 

" Oleh kerana tidak boleh hendak membentuk kerajaan(jadi) terpaksa mengambil kluster mahkamah, banduan, ambil je untuk mencukupkan bagi membentuk kerajaan, bukan kerajaan kuat, cuma kita kena sabar menghadapi ujian," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Dungun Kali Ke-64 di Markaz Tarbiyah Al Husna Darul Ansor, Kampung Alor Mak Bah di sini petang tadi.

" Orang Islam mesti faham politik, masalah kita hari ini, orang Islam tidak faham politik, masih ramai yang menganggap politik ini tidak penting, sedangkan Allah berkata kalau Engkau tidak berjuang untuk memenangkan Islam, Allah akan seksa kamu. berpolitik adalah wajib, " jelas beliau lagi.

Ulasan