Kerajaan PH-BN Tidak Restui Pilihan Rakyat

 


KUALA TERENGGANU - Kerajaan PH-BN yang menerajui Malaysia hari ini tidak  merestui dan mengiktiraf pilihan rakyat sehingga peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang dinafikan.

Naib Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Salamiah Mohd Nor berkata malah mereka juga disekat untuk menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) di kawasan meraka.

"Itulah situasi yang berlaku   sepatutnya kami turut terlibat untuk sama-sama bermesyuarat, mengenai perkembangan di peringkat Parlimennya, pembangunan apa nak buat ,apa masalah yang timbul,sebarang masalah dan tindakan yang diambil, tetapi kami disekat," ujarnya kecewa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh  berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktam Tahunan Dewan Muslimat PAS Terengganu Kali ke 50 di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai di sini semalam.


Malah, katanya kehadiran Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) untuk berkulliah di masjid - masjid juga disekat, menutup peluang dan ruang untuk bertemu rakyat. 

"Begitu kami dilarang untuk hadir ke  sekolah-sekolah   dan Pegawai - pegawai atasan kerajaan dilarang mengadakan kunjungan hormat, 

" Mereka cuba menyekat gelombang rakyat yang menyokong Perikatan Nasional(PN), tapi mereka lupa, gelombang ombak yang disekat bukannya ombak akan berhenti tetapi gelombang itu akan semakin kuat menghempas," tegasnya.

Muktamar kali ini menyaksikan pemilihan untuk sesi 2023 - 2025, tiga pemimpin tertinggi Dewan itu mengekalkan jawatan yang mereka sandang sebelum ini, dimana To' Puan Zarani Othman terus menerajui kepimpinan Muslimat Terengganu.

Ulasan