Pasca Banjir Johor; Khidmat Malaysia Kuala Nerus Hantar 20 Anggota


KUALA NERUS - Seramai 20 orang anggota Khidmat Malaysia Kuala Nerus telah mengambil bahagian dalam operasi PASCA banjir di Johor, bermula Rabu. 

Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus, Ridhuan Abu Bakar berkata, Operasi Pasca banjir itu turut melibatkan sukarelawan daripada kalangan Pemuda dan Jabatan Amal. 

"InsyaAllah Khidmat Malaysia Kuala Nerus dengan kerjasama sukarelawan Pemuda PAS Kuala Nerus dan Jabatan Amal Kuala Nerus akan bertolak untuk PASCA banjir di Johor. Doakan keselamatan kami," ujarnya yang ditemui pada majlis pelepasan konvoi bantuan. 


Menurut beliau, skuad bantuan mewakili 4 DUN Kuala Nerus dan telah menggunakan 4 buah kenderaan iaitu Hilux , Navara, Dmax dan juga van dari Dun Tepoh bagi membawa mereka ke tempat tersebut.

"Dalam operasi yang sama mereka turut membawa kelengkapan pembersihan bagi memudahkan operasi membantu mangsa banjir di sana." tambah beliau. 

Terdahulu, Khidmat Malaysia Kuala Nerus dengan kerjasama Jabatan Amal Kuala Nerus dan Sukarelawan Pemuda PAS Kuala Nerus telah terlibat dengan pelbagai operasi bantuan termasuk PASCA banjir yang terjadi Temerloh.

Ulasan