Ramalan Presiden PAS Buatkan Musuh Menggelupur


Ramalan Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa kerajaan Anwar Ibrahim akan tumbang tidak lama lagi, telah menggerunkan gabungan politik campuran PHBN.

"Orang ramai bertanya saya bila ia akan berlaku. Itu ramalan saya. Insya-Allah, (ia akan) berlaku tidak lama lagi," kata Ustaz Hadi, semasa dialog anjuran penerbit buku Yayasan Permata Ummah di Kuala Lumpur dua hari lalu.

Walaupun tidak memperperincikan dan menyatakan sama ada punca keruntuhan akan datang dari dalam atau luar, namun menjadikan parti PKR terutamanya, menggelepar.

Pemimpin PKR telah menolak dakwaan bahawa kerajaan Anwar Ibrahim akan tumbang tidak lama lagi, memetik majoriti dua pertiga dan undang-undang anti-lompat.

Timbalan Ketua Penerangan parti itu Razeef Rakimin juga berkata hubungan kukuh Putrajaya dengan gabungan pemerintah di Sabah dan Sarawak menjadikan ramalan presiden PAS itu "tidak berasas".

Razeef juga berkata pemimpin Barisan Nasional dan Umno telah menyatakan bahawa mereka selesa bekerja bersama Pakatan Harapan (PH), manakala kerajaan telah menunaikan janji di bawah Perjanjian Malaysia.

Beberapa jam sebelum, Ustaz Abdul Hadi memberitahu Dewan Rakyat bahawa pembangkang tidak boleh dipersalahkan sekiranya kerajaan persekutuan tumbang.

 "Bumbung (kerajaan) bocor. Pintu mereka terbuka luas dan dinding mereka berlubang," jelas beliau. 

Telahan Ahli Parlimen Marang itu seiring dengan dapatan daripada Kaji Selidik Tinjauan Rakyat Malaysia 100 Hari Pentadbiran PHBN. 

Hasil usaha firma penyelidikan O2 Malaysia dengan lima media arus perdana mendedahkan hanya 27 peratus responden berpuas hati dengan prestasi kerajaan dalam menangani isu hubungan antara kaum dan pertumbuhan ekonomi negara. 

Seramai hanya 26 peratus responden sahaja berpendapat kerajaan menangani isu bekalan makanan dengan baik dan 25 peratus berpuas hati dengan cara kerajaan menyelesaikan isu kebajikan dan kesihatan rakyat.

Manakala bagi isu daya tahan ekonomi rakyat yang melibatkan kemiskinan dan kos sara hidup, seramai 21 peratus responden berasakan kerajaan menangani isu tersebut dengan baik.

 

Ulasan