'Tiktokers' ' PAS Perlu Fahami Perjuangan


DUNGUN - Pempengaruh menerusi aplikasi Tik Tok atau 'Tik Tokers' PAS perlu memahami  perjuangan yang dibawa oleh parti Islam  itu. 

Ahli Jawatankuasa Muslimat Malaysia, Ustazah Asma Husin berkata dengan memahaminya akan menjadikan  mereka lebih bersemangat. 

"Mereka juga mengambil tahu ilmu undang -undang berkaitan akta sebagai membantu mereka dalam menyediakan konten dan parti mestilah memberi  support' kepada mereka," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Hi-Tea Bersama Ustazah Asma Husin yang diadakan di Dewan Darul Bayan, Pinang Merah di sini pada 16 Mac


Program anjuran Lajnah Ekonomi Muslimat Dungun itu adalah untuk mengutip dana untuk melaksanakan aktiviti - aktiviti dan gerak kerja muslimat.

Sebelum itu dalam bual bicaranya, Ustazah Asma menyatakan aplikasi 'Tik Tok' juga menyumbang kemenangan PAS di Gua Musang yang merupakan kubu kuat Umno- BN gi Kelantan. 

"Memang kita tidak mampu hendak berfikir macamana PAS boleh tembusi kubu kuat Umno, tetapi kerana orang-orang asli di Gua Musang yang sebilangan besar memberi undi kepada Umno-BN telah beralih kepada PAS sebab merekapun dapat maklumat daripada 'tik tok '

Ulasan