Ustaz Dr Riduan Mohd Nor Yang Dipertua PAS Baharu

 Oleh ; R

KUALA TERENGGANU - Jawatan Yang Dipertua PAS kawasan Besut dimenangi oleh Ustaz Dr Riduan bin Mohd Nor pada sesi 2023 - 2025 dalam pertandingan tiga penjuru.

Ahli Jawatankuasa PAS (AJK) kawasan Besut, Cikgu Salahuddin Jaafar berkata, beliau mengalahkan Ustaz Wan Azhar bin Wan Ahmad dan Ustaz Wan Sukri bin Wan Isa.

"Seramai 728 perwakilan telah hadir menunaikan tanggungjawab dalam mesyuarat dan 32 ahli menawarkan diri dalam pemilihan kali ini,

"Tiga jawatan dimenangi tanpa bertanding (iaitu) jawatan pengerusi tetap dimenangi tanpa bertanding oleh Husin  bin Yazid," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini, mengulas mengenai Mesyuarat Agung PAS Besut telah diadakan di Kota Putera Square, 11 Mac yang lalu.

Menurutnya, YB Haji Mohd Nurkhuzaini bin Abdul Rahman memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua manakala Naib Yang Dipertua dimenangi oleh Mohd bin Sulaiman.

Justeru itu, beliau berharap agar ahli jawatankuasa yang baru dilantik untuk sesi ini dapat bersatu dan berganding bahu memastikan kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

"Insya Allah kami akan pastikan perancangan yang dibuat pada sesi lepas akan diteruskan. 

"Meneruskan program pendidikan yang dimulakan iaitu Sekolah DAR (SRIDAF) dan Sekolah Menengah Islam Darul Furqan(SMIDAF). 

"Yang paling penting empat DUN dimenangi oleh PAS iaitu mengekalkan kemenangan di Kota Putera dan merampas kembali tiga DUN yang dimenangi oleh Barisan Nasional," jelas beliau.

Salahuddin menambah, seramai 29 orang ahli Jawatankuasa bertanding dan hanya 16 orang telah dipilih dalam mesyuarat tersebut.

"Sebahagian besar ahli jawatankuasa yang memenagi adalah daripada penyandang pada penggal lepas," katanya lagi.

Ulasan