Oleh : Pyang Mamat
Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Terengganu menawarkan 10 Manifesto utama kepada rakyat Terengganu untuk menghadapi PRN15.
Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) Senator Dato’ Haji Husain Awang mengisytiharkan dua janji jika parti itu, kekal memerintah pada penggal akan datang.
"Pertama, menyediakan kemudahan pinjaman pembelian motosikal secara Qardul Hassan (tanpa interest) untuk kerjaya maksimum RM4,000,
"dan keduanya ialah menyediakan khairat kematian sebanyak RM500 untuk setiap kematian rakyat Terengganu." ujarnya pada Program Himpunan Teguh Pertahan (HTP) peringkat kawasan Kemaman.
Beliau yang juga Ahli Dewan Negara merasmikan program HTP di Padang Awam Binjai, selama tiga hari pada 27 hingga 29 April 2023, semalam.
Menurutnya, lapan yang lain akan dimaklumkan pada HTP lain secara berperingkat dalam masa terdekat.
Katanya, PAS adalah parti yang berpegang pada janji dan menyifatkan manifesto adalah satu perkara yang wajib dilaksanakan.
"Manifesto ini adalah satu dokumen menyatakan tentang apa yang akan dilakukan oleh mana-mana parti apabila diberi undi, keyakinan dan kemenangan dalam pilihanraya umum.
"Ini adalah satu akujanji yang mesti ditunai dalam bentuk apa yang kita mampu dan jangan kita berjanji dengan perkara yang tidak mampu dilakukan.
"Kalau kita tidak laksanakan apa yang kita telah janjikan, maka kita termasuk didalam golongan orang yang munafik," katanya.
Menurutnya, kerajaan PAS Negeri Terengganu telah melunaskan 20 manifesto utamanya pada kempen pilihanraya umum ke 14 yang lalu dalam tempoh lima tahun pemerintahannya setelah diberi mandat oleh rakyat Terengganu..
Turut hadir Yang Berhormat Dato’ Dr Haji Alias Razak, Timbalan Pesuruhjaya 3 BPPNT, Yang Berhormat Ustaz Che Alias Hamid, Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman beserta ahli jawatankuasanya, Ustaz Harun Isa, Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu dan wakil daripada Parti Bersatu Terengganu.
Ulasan