Jamuan Raya Tiga Mukim Dekati Pengundi

 


Oleh : RR

BESUT - PAS DUN Kuala Besut mengadakan jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri secara berperingkat di tiga mukim untuk bersua muka dan mendekati para penduduk dengan lebih rapat.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, dengan inisiatif tersebut memberi peluang  penduduk dapat mer jamuan yang diadakan.

"Kita buat jamuan hari raya peringkat mukim Pengkalan Nangka, Kuala Besut dan Bukit Puteri.

"Biasa buat peringkat DUN sahaja tapi kali ini kita buat tiga mukim nak suruh rakyat semua  merasai jamuan hari raya  dari hujung DUN Kuala Besut hingga Tok Has," jelasnya.

Beliau yang juga bendahari PAS kawasan Besut berkata demikian ketika ditemui selepas program, pada hari Rabu.

Menurutnya, seramai 2000 orang hadir memeriahkan lagi jamuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat mukim Pengkalan Nangka.


"Kenapa buat tiga mukim ini sebenarnya nak bertemu dan salah satu strategi nak jumpa rakyat untuk Pilihan Raya Negeri (PRN). 

"Untuk PRN tahun ini peningkatan rakyat momentum sama lagi dengan Pilihan Raya Umum (PRU) baru-baru ini, condong kepada PAS Perikatan Nasional  (PN) di DUN Kuala Besut," ujar Azbi.

Beliau menambah, kekuatan PN di DUN Kuala Besut bukan menurun bahkan meningkat dengan isu-isu semasa yang berlaku di peringkat Kerajaan Persekutuan sekarang ini.

"Nampak rakyat lagi menyebelahi PN dengan isu-isu kerajaan pusat tak berapa stabil dan rakyat tak menyokong dengan keadaan sekarang yang memerintah sekarang  ini.

"Harap-harap DUN Kuala Besut esut kali ini kekal," katanya.

Justeru itu, beliau mengharapkan PRN kali ini menang agar dapat melangkah ke Dewan Undangan Negeri (DUN).


Sementara itu, Timbalan Ketua Bersatu Kawasan Besut, Wan Arif Rashiddin Wan Jusoh berkata, kerjasama parti PAS Dan Bersatu erat di kawasan Besut.

"Kita boleh menilai pada masa PRU baru-baru ini dengan kerjasama hubungan erat.

"Alhamdulillah kita berjaya dan harapan kita agar PRN ke-15 hubungan dan kerjasama kekal.

"Saya melihat pengundi-pengundi di luar sana momentum yang mana dulu kita kata gelombang perubahan, saya nampak pengundi masih kekal untuk menyokong dann mengundi PN dan yang itu kita yakin lebih-lebih lagi pengundi muda," tambah beliau.

Justeru itu, beliau berharap agar PRN ke-15, PAS dapat tawan semula khusus parlimen Besut.

"Yang mana Umno tiga dun kita boleh rampas balik.

"Dengan kata lain, empat DUN di Besut, hak kita, milik kita," tegas beliau.

Ulasan