Pemuda Yakin Sokongan Pengundi Muda Meningkat pada PRN


Pemuda PAS Terengganu yakin, sokongan pengundi muda akan bertambah pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang berbanding jumlah pada PRU baru-baru ini.

Ketuanya, Ustaz Harun Esa berkata, sentimen bencikan Umno kerana rasuah dan penyelewengan pada PRU15 akan meningkat pada PRN kerana hubungan parti itu dengan kelompok anti Islam, DAP dan PH.

"orang muda kita ni cerdik, ligat boleh menilai mana pemimpin yang amanah dan menjaga rakyat, negeri dan negara,

"pada PRU baru ni, mereka yakin dengan dengan PAS beri undi dan menang lapan parlimen, 

"Tu belum sebut tentang Umno campur DAP, in shaa Allah, Umno hancur pada PRN nanti," tegasnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunam Teguh Pertahan di Kemaman semalam.

Menurutnya, pelbagai kejayaan telah dicapai, sejak pentadbiran negeri,  diambil alih PAS bermula tahun 2018.

"Selain berjaya melaksanakan 20 manifesto janji PAS pada PRU lalu, kerajaan telah berjaya melunaskan hutang RM 472 juta kepada kerajaan persekutuan,

"Di bawah kepimpinan PAS, tidak ada satu pun projek tergendala yang dibiarkan, semuanya diteruskan walaupun memakan belanja ratusan juta ringgit," jelasnya.


Ulasan