Bangkit Semangat Anak Muda Dalam Himpunan Teguh Pertahan

 


KUALA TERENGGANU - Himpunan Teguh Pertahan membangkitkan semangat anak-anak muda pertahankan kedaulatan negeri dan kerajaan yang ada pada hari ini.

Pengarah Majlis Tindakan (MTD) DUN Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, ia dilaksanakan bagi memastikan kerajaan yang ada sekarang kekal memerintah negeri Terengganu pada masa akan datang.

"Saya mengharapkan Himpunan Teguh Pertahan Besut ini akan menjadi satu momentum untuk Kita berdepan dengan Pilihanraya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada semalam.

Justeru itu, beliau menyeru kepada orang ramai agar sama-sama hadir ke program Himpunan Teguh Pertahan PAS kawasan Besut, pada 11 hingga 13 Mei  bertempat di Dataran Jerteh.


"Jom awak-awak kita pakat mari belaka ke Himpunan Teguh Pertahan.

"Pelbagai program menarik menanti anda antaranya adalah ceramah, Bicara Hati Wanita, Santai Selebriti, Langkah Teguh Pertahan dan Fun Run, 

"Sukan Rakyat, Pertandingan E-Sport, Ziarah Kasih YB Dan penyelaras DUN, Ameerah Masuk Kampung, mewarna Ibu dan anak, Dapur Muslimat dan lain-lain," ujar beliau. 

Azbi menambah, nak tahu menarik atau tidak, marilah beramai-ramai ke program ini.

"Dan insya Allah Himpunan Teguh Pertahan mega peringkat negeri Terengganu akan diadakan di Kuala Terengganu sebagai penutup," tambah beliau lagi.

Ulasan