Bantuan Kecemasan Syuhada Dan Anak Yatim Gaza


 Semalam kami bergerak ke Gaza Tengah dan Gaza Selatan, alhamdulillah seluruh rumah yang dibom sehingga musnah sepenuhnya dan rosak sehingga tak boleh didiami telah kita santuni. 


Kesian tengok mereka duduk di jalanan, duduk di atas timbunan bangunan, sambil mengelap air mata mengenangkan tidak ada harta lagi yang berbaki. Mudah-mudahan sekurang-kurangnya bantuan kecemasan awal yang dah disampaikan kepada mereka cukup untuk mereka mencari rumah sewa, berpakaian dan makan untuk sebulan dua.


Maka kita berdepan dengan kumpulan kedua pula yang nak kita santuni iaitu keluarga syuhada’ dan anak yatim. Kutipan yang dapat kita kumpulkan setakat ini bernilai RM200,000 telah habiskan kita agihkan kepada lebih 50 keluarga yang kita ziarahi – tiada lagi baki untuk kita bawa sebagai penguat keluarga yang kehilangan nyawa.


Sampaikan bila berbincang dengan team di sini tadi kami berfikir panjang. Kalau kita nak berikan kepada mereka jumlah yang terlalu kecil apa yang akan mereka fikirkan? Ya Allah, murahnya harga jiwa yang dikorbankan untuk bumi ini. 


Mungkin mereka tak fikirkan sedemikian tapi saya sendiri tak tergamak nak meletakkan nilai pada nyawa mereka. Sekurangnya dengan sumbangan yang agak baik bolehlah mereka mula membina kehidupan semula walaupun tanpa ayah, tanpa rumah.


Jumlah anak yatim baru selepas serangan berjumlah 37 orang daripada 15 keluarga. Esok kami akan berikan kalian peluang untuk menaja mereka. Jumlah keluarga syuhada’ pula seramai 22 keluarga, sedihnya 5,6 keluarga tersebut saya sendiri kenal. 


Boleh tak kita usahakan untuk beri 1000 dollar kepada setiap keluarga anak yatim dan 1000 dollar untuk setiap keluarga syuhada’? Maksudnya kita perlukan sejumlah RM166,500 untuk disampaikan kepada mereka.


Jom sahabat semua, kita usahakan sedikit seorang untuk capai jumlah ini segera. Sumbang dan tolong kongsikan seluasnya, boleh? 


Esok dan lusa inshaAllah kami akan menyantuni anak-anak ini, mengusap kepala mereka dan menyampaikan salam sayang kalian untuk mereka.


Sumbang melalui link emergency4gaza.com/kecemasan atau salurkan ke nombor akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826 dengan rujukan kecemasan.


Nadir Al-Nuri

Ulasan